BILANGAN DAN KEDUDUKAN PEMAIN
Permainan sepak takraw mempunyai tiga pemain. Pertama ialah tekong. Tekong merupakan pemain yang berada di bahagian bulatan tengah untuk melakukan servis atau sepak mula. Kedua adalah apit kanan merupakan pemain berada dibahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelangang. Ketiga adalah apit kiri merupakan pemain berada di bahagian kiri tekong. Apit kanan dan kiri boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk tekong dan apit kana bola melakukan libasa atau rejaman serta membuat hadangan dibahagian hadapan. Tugasan apit kiri adalah mengumpan bola dengan baik kepada apit kanan untuk melakukan libasan yang padu ke gelanggang pihak lawan
Comments
Post a Comment