SEJARAH TAKRAW
Assalammualaikum , blog saya ini menceritakan tentang takraw. Pertama sekali saya akan menceritakan sejarah sepak takraw. Sepak takraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga pemain bagi setiap regu. Mempunyai jering yang memisahkan antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang berukuran seperti badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola buatan. Permainan ini pertama dimainkan pada abad ke-15. Permainan ini boleh dimainkan oleh semua jantina.
Sepak raga pula merupakan permainan menimbang bola takraw dalam bulatan dengan menggukan kaki atau kepala dan telah dimainkan sejak Zaman Kesultana Melayu Melaka. Dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad, yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Di Malaysia permainan ini disebut sepak raga, di Filipina dipanggil sipa, manakala di Thailand dipanggil takraw. Permainan sepak takraw sekarang merupakan pengubahsuaian permain sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton, Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telah digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. Pengasas sepak takraw ialah En Hamid bin Mydin.
Sepak takraw mula dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku antara wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thailand dan Burma membincangkan mengenai nama permainan ini. Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini dinamkan Sepak Takraw, iaitu gabungan sepak dan takraw.
hebatnya ! kandungan dia cukul lengkap dengan sejarah takraw lepasni lebih bersemangat.
ReplyDeletehebatnya ! kandungan dia cukul lengkap dengan sejarah takraw lepasni lebih bersemangat.
ReplyDelete